Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Zikir, Doa, Taubat Dan Istighfar > Bab Penghuni Syurga Kebanyakannya Terdiri Daripada Orang Orang Miskin Manakala Penghuni Neraka Pula Kebanyakannya Terdiri Dari Kaum Wanita. Keterangan Mengenai Fitnah Yang Disebabkan Oleh Wanita
    Hadis Usamah bin Zaid r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Ketika aku berdiri di hadapan pintu Syurga ternyata kebanyakan orang yang memasukinya ialah dari kalangan orang-orang miskin. Aku juga melihat para pembesar sedang ditahan kecuali penghuni Neraka, di mana mereka diarahkan terus pergi ke Neraka. Ketika aku berdiri di hadapan pintu Neraka ternyata kebanyakan orang yang memasukinya adalah kaum wanita.info
    Hadis Imran bin Husain r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Golongan yang paling sedikit menghuni syurga ialah kaum wanita.info
    Hadis Usamah bin Zaid r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak ada fitnah yang paling membahayakan kaum lelaki selepas zaman aku kecuali fitnah dari kaum wanita.info
webmaster@mymasjid.net.my