Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Zikir, Doa, Taubat Dan Istighfar > Bab Disunatkan Berzikir Dengan Suara Perlahan
    Hadis Abu Musa r.a katanya: Ketika kami bersama Rasulullah s.a.w dalam satu perjalanan, para sahabat bertakbir dengan suara yang cukup kuat lalu baginda bersabda: Wahai umatku! Perlahankanlah suara kamu. Sesungguhnya kamu bukannya berdoa kepada mereka yang buta ataupun ghaib, akan tetapi kamu sedang berdoa kepada yang Maha Mendengar lagi Maha Dekat dan Dia bersama kamu. Abdullah bin Qais berkata: Ketika itu aku berada di belakang baginda sambil menyebut لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ lantas baginda bersabda: Wahai Abdullah bin Qais! Inginkah kamu aku tunjukkan sebuah gedung Syurga? Aku menjawab: Tentu sekali, wahai Rasulullah. Baginda bersabda: Sebutlah لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ info
    Hadis Sayidina Abu Bakar r.a: Sesungguhnya beliau pernah berkata kepada Rasulullah s.a.w: Ajarkan kepada aku satu doa untuk aku bacakannya dalam sembahyang. Baginda bersabda: Bacalah doa اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَبِيْرًا dan mengikut Qutaibah كَثِيرًا وَ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلَّا أَنْتَ فَإغْفِرْلِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ وَإرْحَمْنِي إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيْمُ .info
webmaster@mymasjid.net.my