Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Zikir, Doa, Taubat Dan Istighfar > Bab Makruh Berdoa Supaya Cepat Mendapat Seksaan Di Dunia
    Hadis Anas r.a: Rasulullah s.a.w menziarahi seorang lelaki Islam yang sakit tenat, tak bermaya untuk bergerak seolah-olah seekor anak burung yang baru menetas. Rasulullah s.a.w bertanya lelaki tersebut: Apakah kamu pernah berdoa memohon supaya diberi sesuatu? Lelaki itu menjawab: Ya. Aku berdoa: Ya Allah, jika Engkau ingin menyeksaku di akhirat kelak, tolonglah laksanakannya terhadapku di dunia ini. Mendengar kata-kata tersebut Rasulullah s.a.w bersabda: Maha Suci Allah s.w.t, kamu tidak akan mampu atau tidak akan berkuasa memikulnya. Bukankah lebih baik kamu berkata: Ya Allah, آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ Yang bermaksud: Berikan kepadaku kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta peliharalah aku dari seksa Neraka. Anas berkata: Lantas baginda berdoa kepada Allah s.w.t untuknya sehinggalah akhirnya dia sembuh dari penyakit tersebut.info
webmaster@mymasjid.net.my