Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Zikir, Doa, Taubat Dan Istighfar > Bab Sesiapa Yang Suka Bertemu Allah, Nescaya Allah Juga Suka Bertemu Dengannya. Begitu Juga Sesiapa Yang Tidak Suka Bertemu Allah, Nescaya Allah Juga Tidak Suka Bertemu Dengannya
    Hadis Ubadah bin As-Somit r.a: Nabi s.a.w bersabda: Sesiapa yang suka bertemu Allah, maka Allah juga suka bertemu dengannya. Begitu juga sesiapa yang tidak suka bertemu Allah, nescaya Allah juga tidak suka bertemu dengannya.info
    Hadis Saidatina Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Sesiapa yang suka bertemu Allah, nescaya Allah juga suka bertemu dengannya. Begitu juga sesiapa yang tidak suka bertemu Allah, nescaya Allah juga tidak suka bertemu dengannya. Aku bertanya: Wahai Nabi Allah! Apakah kita perlu membenci mati? Di mana kami semua membenci mati. Baginda bersabda: Bukan begitu. Seseorang mukmin apabila diberitahu berita gembira dengan rahmat Allah, keredaan-Nya dan Syurga-Nya nescaya dia pasti suka untuk bertemu Allah dan Allah juga suka bertemu dengannya. Sedangkan orang kafir apabila diberitahu adanya seksa serta murka Allah, dia tidak akan suka bertemu Allah dan Allah juga tidak suka bertemu dengannya.info
    Hadis Abu Musa r.a: Nabi s.a.w bersabda: Sesiapa yang suka bertemu Allah, nescaya Allah juga suka bertemu dengannya. Begitu juga sesiapa yang tidak suka bertemu Allah, nescaya Allah juga tidak suka bertemu dengannya.info
webmaster@mymasjid.net.my