Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Zikir, Doa, Taubat Dan Istighfar > Bab Larangan Bercita Cita Supaya Cepat Mati Kerana Ditimpa Sesuatu Kesulitan
    Hadis Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu bercita-cita supaya cepat mati kerana ditimpa sesuatu kesulitan. Sekiranya dia berada dalam keadaan yang mengharuskan dia berbuat demikian, bolehlah dia berkata: Ya Allah, hidupkanlah aku sekiranya hidup itu lebih baik bagiku. Akan tetapi sekiranya mati itu lebih baik bagiku, matikanlah aku.info
    Hadis Khabbab r.a: Diriwayatkan daripada Qais bin Abu Hazim r.a katanya: Aku menemui Khabbab dan aku melihat dia sedang membakar tujuh luka yang terdapat di perutnya dengan besi panas. Lalu dia berkata: Kalau bukan kerana Rasulullah s.a.w melarang aku berdoa supaya cepat mati, nescaya aku akan berdoa untuk itu.info
    Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu bercita-cita supaya cepat mati dan janganlah kamu berdoa supaya mati sebelum kematian itu sendiri datang kepadamu. Sesungguhnya apabila kamu mati, akan terputuslah segala amalan kamu. Sebaliknya apabila dipanjangkan umur seorang mukmin bererti bertambahlah kebaikannya.info
webmaster@mymasjid.net.my