Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Kebajikan, Hubungan Kekeluargaan Dan Etika > Bab Kelebihan Orang Yang Kematian Anaknya Dan Dia Merasa Kehilangan
    Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w bersabda: Seorang muslim yang kematian tiga orang anak lelakinya tetapi masih di azab dengan Neraka adalah tidak lain dan tidak bukan kerana beliau amat suka bersumpah.info
    Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a katanya: Seorang perempuan datang menemui Rasulullah s.a.w dan berkata: Wahai Rasulullah! Orang lelaki boleh mendengar Hadis daripada mu pada bila-bila masa. Oleh itu luangkanlah satu hari kepada kami untuk kami pelajari daripada mu apa yang telah diajarkan oleh Allah s.w.t. Baginda bersabda: Berhimpunlah kamu pada hari yang tertentu. Rasulullah s.a.w kemudiannya mendapatkan mereka serta mengajar beberapa perkara yang telah diajarkan oleh Allah s.w.t. Lalu baginda bersabda: Sesiapa dari kalangan kamu yang kematian tiga orang anak, nescaya mereka akan menjadi penghalang ibunya dari diazabkan dengan Neraka. Seorang perempuan bertanya: Bagaimana dengan mereka yang kematian dua orang anak, bagaimana dengan mereka yang kematian dua orang anak, bagaimana dengan mereka yang kematian dua orang anak. Baginda bersabda: Begitu juga mereka yang kematian dua orang anak, begitu juga mereka yang kematian dua orang anak, begitu juga mereka yang kematian dua orang anak.info
webmaster@mymasjid.net.my