Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Kebajikan, Hubungan Kekeluargaan Dan Etika > Bab Kelebihan Berbuat Baik Kepada Anak Anak Perempuan
    Hadis Saidatina Aisyah r.a katanya: Seorang perempuan telah datang berjumpa aku dengan membawa dua orang anak perempuannya, lalu dia meminta sesuatu daripadaku. Pada saat itu tidak ada makanan di rumah aku kecuali sebiji kurma. Tanpa berlengah-lengah aku terus memberikannya. Perempuan tersebut mengambil kurma yang diberikan lalu membahagikan kepada dua orang anak perempuannya dan dia tidak merasainya walaupun sedikit. Kemudian dia berdiri dan keluar bersama dengan dua orang anak perempuannya. Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w pulang aku sampaikan cerita tersebut kepada baginda. Mendengar peristiwa tersebut baginda bersabda: Sesiapa yang mendapat cubaan dari anak-anak perempuannya, tetapi dia melakukan kebaikan terhadap mereka, nescaya mereka akan menjadi penghalang baginya dari azab Neraka.info
webmaster@mymasjid.net.my