Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Kebajikan, Hubungan Kekeluargaan Dan Etika > Bab Galakan Mendekati Orang Orang Yang Soleh Dan Menjauhi Dari Kawan Kawan Yang Jahat
    Hadis Abu Musa r.a: Daripada Nabi s.a.w baginda bersabda: Sesungguhnya perumpamaan berkawan dengan orang yang soleh dan berkawan dengan orang yang jahat adalah seperti seseorang yang membawa minyak wangi dan seseorang yang meniup dapur tukang besi. Orang yang membawa minyak wangi, mungkin beliau akan memberikannya kepadamu atau mungkin kamu akan membeli darinya dan mungkin kamu akan mendapat bau yang harum darinya. Manakala orang yang meniup dapur tukang besi, mungkin beliau akan membakar pakaianmu dan mungkin kamu akan mendapat bau yang tidak elok.info
webmaster@mymasjid.net.my