Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Kebajikan, Hubungan Kekeluargaan Dan Etika > Bab Kelebihan Orang Yang Dapat Mengawal Dirinya Ketika Marah Dan Banyak Cara Untuk Menghilangkan Kemarahan
    Hadis Abu Hurairah r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Kekuatan itu tidak dibuktikan dengan kemenangan bertumbuk. Tetapi orang yang kuat ialah orang yang dapat mengawal dirinya ketika sedang marah.info
    Hadis Sulaiman bin Surad r.a katanya: Dua orang lelaki sedang mencaci-maki di hadapan Rasulullah s.a.w. Salah seorang daripada mereka matanya menjadi merah dan urat darah di lehernya timbul. Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya aku tahu suatu kalimat yang apabila ianya diucapkan maka apa yang beliau derita itu menjadi hilang, iaitu أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ Yang bermaksud: Aku berlindung dengan Allah dari godaan syaitan yang terkutuk. Lelaki itu berkata: Apakah engkau (baginda) melihat aku gila?.info
webmaster@mymasjid.net.my