Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Kebajikan, Hubungan Kekeluargaan Dan Etika > Bab Pahala Yang Diperolehi Oleh Orang Mukmin Yang Ditimpa Sakit Atau Kesedihan Dan Selainnya Walaupun Sekadar Tercucuk Duri
    Hadis Aisyah r.a katanya: Aku tidak pernah melihat seorang pun yang paling tahan menderita sakit melebihi Rasulullah s.a.w.info
    Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: Aku menemui Rasulullah s.a.w ketika baginda dalam keadaan tidak sihat. Aku menggosok baginda dengan tanganku. Aku katakan kepada baginda: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya engkau benar-benar tidak sihat. Rasulullah s.a.w bersabda: Memanglah, apa yang aku alami sekarang ini adalah sama seperti yang di alami oleh dua orang di antara kamu. Aku berkata: Kalau begitu engkau beroleh dua pahala sekaligus. Rasulullah s.a.w bersabda: Benar. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda lagi: Setiap orang muslim yang ditimpa musibah atau sakit dan sebagainya, maka Allah akan mengampunkan kesalahan-kesalahan dari sakitnya, sebagaimana daun yang gugur dari pokoknya.info
    Hadis Aisyah r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap orang Islam yang tercucuk duri atau lebih dari itu, dia akan dicatatkan satu darjat untuknya disebabkan musibah yang menimpanya itu dan dihapuskan daripadanya satu kesalahan disebabkan musibah tersebut.info
    Hadis Abu Said r.a: Sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap musibah yang di timpa ke atas orang-orang mukmin yang berupa sakit yang berterusan, sakit yang biasa dan kesedihan bahkan membawa kepada kebingungan dari musibah yang beliau alami, maka hal yang demikian merupakan penghapus bagi kesalahan-kesalahannya.info
    Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Ketika diturunkan ayat: مَنْ يَعْمَلْ سُوءًا يُجْزَ بِه Yang bermaksud: Sesiapa yang melakukan kejahatan, nescaya akan diberi pembalasan dengan kejahatan itu. Orang-orang Islam merasa amat sedih tetapi kemudiannya Rasulullah s.a.w bersabda: Sederhanalah dan jangan terlalu berlebih-lebihan serta berusahalah melakukan yang benar. Setiap musibah yang menimpa orang-orang muslim adalah suatu pelebur kesalahan biarpun hanya sekadar tercucuk duri.info
    Hadis Ibnu Abbas r.a: Diriwayatkan daripada Ata' bin Abu Rabah r.a katanya: Ibnu Abbas bertanya kepadaku: Mahukah kamu jika aku memperlihatkan seorang wanita yang menjadi calon penghuni Syurga? Aku menjawab: Sudah tentu. Ibnu Abbas berkata: Wanita berkulit hitam itulah, beliau pernah datang kepada Nabi s.a.w dan berkata: Sesungguhnya aku diserang penyakit sawan babi atau gila babi. Aku ingin sembuh. Oleh itu berdoalah kepada Allah demi menyembuhkanku. Nabi s.a.w bersabda: Jika sekiranya kamu mahu bersabar bagimu adalah Syurga. Sekiranya kamu mahu sembuh, aku boleh mendoakan kepada Allah semoga Dia berkenan menyembuhkanmu. Wanita itu berkata: Baiklah aku akan bersabar, tetapi aku ingin sembuh, jadi berdoalah kepada Allah supaya menyembuhkanku. Nabi s.a.w akhirnya mendoakan untuknya.info
webmaster@mymasjid.net.my