Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Kelebihan Para Sahabat R.a > Bab Sebahagian Dari Kelebihan Kaum Kaum Ghifar, Aslam, Juhainah, Asyja', Muzainah, Tamim, Daus Dan Tayyi'
    Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Kaum-kaum Quraisy, Ansar, Muzainah, Juhainah, Aslam, Ghifar dan Asyja' merupakan para penolong dan penolong mereka ialah Allah dan Rasul-Nya.info
    Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w bersabda: Kaum-kaum Aslam, Ghifar dan Muzainah serta sebahagian dari Kaum Juhainah atau dari Juhainah, adalah lebih baik daripada Bani Tamim dan Bani Amir, begitu juga dari Kaum Asad dan Kaum Ghatafan.info
    Hadis Abu Bakrah r.a: Al-Aqra' bin Habis telah datang menemui Rasulullah s.a.w dan beliau berkata: Sesungguhnya Surraq Al-Hajij yang memberi baiah kepada kamu adalah dari suku kaum Aslam, Ghifar dan Muzainah, kemudian termasuk juga Kaum Juhainah, cuma Muhammad yang masih ragu-ragu. Rasulullah s.a.w bertanya: Adakah kamu lihat kaum-kaum Aslam, Ghifar dan Muzainah, manakala Juhainah itu lebih baik daripada Bani Tamim, Amir, Asad dan Ghatafan, maka mereka merasa kecewa dan rugi? Beliau berkata: Ya. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Demi Zat yang jiwaku berada di dalam kekuasaan-Nya, bahawa mereka iaitu kaum-kaum Aslam, Ghifar dan Muzainah, adalah lebih baik daripada mereka iaitu Bani Tamin, Amir, Asad dan Ghatafan.info
    Hadis Umar bin Al-Khattab r.a: Sedekah pertama yang membuatkan Rasulullah s.a.w dan sahabatnya menjadi gembira ialah sedekah Kaum Tayyi' yang dibawa kepada Rasulullah s.a.w.info
    Hadis Abu Hurairah r.a katanya: At-Tufail serta sahabatnya menemui Rasulullah s.a.w dan mereka berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kaum Daus telah kufur dan menentang, maka berdoalah kepada Allah supaya mereka susah. (Dikatakan): Celakalah Daus. Rasulullah s.a.w pun berdoa: Ya Allah, berikan petunjuk kepada kaum Daus dan bawalah aku kepada mereka.info
    Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Aku menyukai Bani Tamim kerana tiga perkara yang aku dengar dari Rasulullah s.a.w, di mana baginda s.a.w bersabda: Mereka iaitu Bani Tamim adalah umatku yang paling kuat menghadapi Dajal. Dikatakan: Ketika sedekah-sedekah mereka sampai atau diterima, Nabi s.a.w bersabda: Ini adalah sedekah kaumku. Ketika orang-orang tawanan dari kalangan mereka berada bersama Aisyah. Rasulullah s.a.w bersabda: Merdekakanlah mereka kerana mereka adalah keturunan Nabi Ismail.info
webmaster@mymasjid.net.my