Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Kelebihan Para Sahabat R.a > Bab Sebahagian Dari Kelebihan Orang Orang Ansar
    Hadis Jabir bin Abdullah r.a katanya: Ayat ÅöÐú åóãøóÊú ØóÇÆöÝóÊóÇäö ãöäúßõãú Ãóäú ÊóÝúÔóáóÇ æóÇááøóåõ æó áöíøõåõãóÇ Yang bermaksud: (Ketika dua golongan daripadamu ingin (lari) kerana takut, sedangkan Allah adalah penolong bagi kedua golongan itu) diturunkan tentang kami. Dua golongan yang dimaksudkan itu ialah Bani Salimah dan Bani Harithah. Kami tidak menyukai ayat ini kerana ayat æóÇááøóåõ æó áöíøõåõãóÇ Yang bermaksud: (Sedangkan Allah adalah penolong bagi kedua golongan itu) masih belum diturunkan.info
    Hadis Zaid bin Arqam r.a katanya: Rasulullah s.a.w berdoa: Wahai Tuhanku! Ampunilah Orang-orang Ansar, anak-anak Ansar dan keturunan Ansar.info
    Hadis Anas r.a: Sesungguhnya Nabi s.a.w melihat beberapa orang kanak-kanak lelaki dan perempuan menyambut seorang pengantin. Maka Nabi s.a.w berdiri dan bersabda: Ya Allah, mereka adalah orang yang aku cintai. Ya Allah, mereka adalah orang yang aku cintai. Iaitu Kaum Ansar.info
    Hadis Anas bin Malik r.a katanya: Seorang wanita Ansar menemui Rasulullah s.a.w serta Rasulullah s.a.w melayaninya dan bersabda: Demi Zat ku yang berada di dalam kekuasaan-Nya, Sesungguhnya kamu adalah manusia yang sangat aku cintai. Baginda s.a.w bersabda sedemikian sebanyak tiga kali.info
    Hadis Anas bin Malik r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya kaum Ansar adalah golonganku dan kaum kepercayaanku. Walaupun manusia akan bertambah atau berkurang, namun mereka boleh menerima kebaikan kaum Ansar dan memaafkan kesalahan mereka.info
webmaster@mymasjid.net.my