Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Kelebihan Para Sahabat R.a > Bab Sebahagian Dari Kelebihan Kaum Al Asy'ariy R.a
    Hadis Abu Musa r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya aku mengenali suara Golongan Asy'ariy membaca Al-Quran ketika masuk waktu malam. Aku juga mengetahui rumah mereka berdasarkan arah datangnya suara bacaan Al-Quran pada waktu malam walaupun aku tidak mengetahui rumah mereka ketika pada siang hari. Di antara mereka ialah Hakim, apabila bertemu kuda atau dikatakan juga musuh, Hakim akan berkata kepada mereka: Sesungguhnya kawan-kawanku menyuruh kamu menunggu mereka.info
    Hadis Abu Musa r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sekiranya orang-orang Al-Asy'ariy kehabisan makanan di dalam sesuatu peperangan atau bekalan makanan keluarga mereka di Madinah berkurang. Mereka akan mengumpulkan apa yang masih ada pada mereka di dalam sehelai kain. Kemudian mereka membahagikannya sama rata di antara mereka, sesungguhnya aku dari kalangan mereka dan mereka dari kalangan aku.info
webmaster@mymasjid.net.my