Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Kelebihan Para Sahabat R.a > Bab Sebahagian Dari Kelebihan Abu Hurairah R.a
    Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Adakah kamu mendustai bahawa Abu Hurairah banyak meriwayatkan Hadis dari Rasulullah s.a.w? Demi Allah aku akan membuktikannya. Sesungguhnya aku seorang yang miskin, aku menjadi khadam Rasulullah s.a.w dengan hanya diberi makan sahaja. Ketika Orang-orang Muhajirin berdagang di pasar-pasar dan Orang-orang Ansar sibuk mengembangkan harta benda mereka. Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang membentangkan pakaiannya beliau tidak akan lupa apa yang beliau dengar dariku. Aku terus membentang pakaianku dan baginda memberikan kesemua Hadis baginda sehingga selesai. Kemudian aku mengumpulkannya dan tidak lupa apa-apa yang aku dengar dari baginda.info
    Hadis Saidatina Aisyah r.a: Aisyah pernah berkata kepada Urwah bin Az-Zubair: Apakah kamu tidak merasa kagum terhadap Abu Hurairah r.a? Dia datang lalu duduk di sebelah bilikku lantas menceritakan Hadis dari Nabi s.a.w. Dia sengaja memperdengarkan cerita tersebut kepadaku. Saat itu aku sedang mendirikan sembahyang sunat. Dia berdiri meninggalkan tempat itu sebelum aku selesai sembahyang sunat tersebut. Seandainya aku sempat mendapatinya pada waktu itu nescaya aku akan katakan kepadanya berulang-kali: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w tidak pernah bersabda secara tergesa-gesa seperti yang kamu lakukan.info
webmaster@mymasjid.net.my