Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Kelebihan Para Sahabat R.a > Bab Sebahagian Dari Kelebihan Hassan Bin Thabit R.a
    Hadis Hassan bin Thabit r.a: Diriwayatkan daripada Said bin Musayyib katanya: Ketika Umar berjalan di dalam masjid, Hassan sedang mengalunkan syair. Beliau berkata (Hassan): Aku bersyair di dalamnya (masjid) dan di dalamnya terdapat orang yang lebih baik darimu (Rasulullah s.a.w), kemudian beliau berpaling ke arah Abu Hurairah dan berkata: Demi Allah, adakah kamu pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Peliharalah aku. Ya Allah, kuatkanlah beliau dengan Rohulqudus. Abu Hurairah menjawab: Ya.info
    Hadis Al-Bara' bin Azib r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda kepada Hassan bin Thabit: Perangilah mereka (berperang dengan berbalas syair), sesungguhnya Jibril ada bersamamu.info
    Hadis Aisyah r.a: Diriwayatkan daripada Urwah r.a katanya: Hassan bin Thabit salah seorang yang berlebih-lebihan terhadap Aisyah maka aku pun mencacinya, lalu beliau (Aisyah) berkata: Biarkan beliau, sesungguhnya beliau adalah pembela Rasulullah s.a.w.info
    Hadis Aisyah r.a katanya: Hassan berkata: Wahai Rasulullah! Izinkan aku untuk menghadapi Abu Sufian. Baginda s.a.w bersabda: Bagaimanakah perhubungan kekeluargaan aku dengannya? Beliau berkata: Demi Zat yang memuliakan kamu, akan aku ambil kamu seperti aku mencabut rambut dalam roti. Seterusnya Hassan berkata: æóÅöäøó ÓóäóÇãó ÇáúãóÌúÏö ãöäú Âáö åóÇÔöãò Èóäõæ ÈöäúÊö ãóÎúÒõæãò æóæóÇáöÏõßó ÇáúÚóÈúÏõ Yang bermaksud: Sesungguhnya keturunan keluarga Hasyim Ialah dari Bani Anak Perempuan Makhzum manakala ayah kamu adalah Abdullah. Inilah Qasidahnya.info
webmaster@mymasjid.net.my