Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Kelebihan Para Sahabat R.a > Bab Sebahagian Dari Kelebihan Abdullah Bin Salam R.a
    Hadis Saad bin Abu Waqqas r.a katanya: Aku tidak pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda kepada seseorang pun bahawa baginda akan berada di dalam Syurga kecuali kepada Abdullah bin Salam.info
    Hadis Abdullah bin Salam r.a: Diriwayatkan daripada Qais bin Ubad katanya: Ketika aku bersama orang ramai di Madinah. Di antara mereka, terdapat beberapa orang sahabat Nabi s.a.w. Tiba-tiba muncul seorang lelaki yang dari mirip wajahnya menandakan beliau seorang yang khusyuk. Beberapa orang di antara kami berkata: Lelaki ini adalah ahli Syurga. Lelaki itu sembahyang dua rakaat dan memanjangkan sembahyangnya, setelah itu aku mengikuti beliau keluar dari situ dan masuk ke dalam rumahnya. Ketika di dalam rumahnya kami bercakap-cakap dan aku berkata kepadanya: Sesungguhnya orang ramai telah berkata kepadamu begini, begini. Lelaki itu berkata: Maha Suci Allah, seseorang itu tidak boleh berkata tentang sesuatu perkara yang belum diketahui. Aku akan ceritakan kepadamu tentang perkara itu. Pada masa Rasulullah s.a.w aku bermimpi berada di dalam taman yang luas yang dipenuhi dengan rumput yang hijau. Di tengah-tengah taman tersebut, terdapat tiang besi yang terpacak di bumi, di mana hujungnya menjulang tinggi ke langit, manakala di bahagian atas tiang itu terdapat tali. Ada suara berkata kepadaku: Naiklah. Aku menjawab: Aku tidak berkuasa untuk naik. Tiba-tiba datang seseorang, Ibnu Auni berkata seseorang itu adalah khadam. Khadam itu memegang pakaianku dari belakang untuk membantuku, sehingga aku berupaya naik ke atas tiang itu dan aku berpegangan pada tali. Beliau berkata padaku: Berpeganglah padanya. Aku terjaga dari tidur dan aku dapati tali itu berada dalam genggaman ku. Setelah itu aku ceritakan kepada Rasulullah s.a.w dan baginda pun bersabda: Taman itu adalah Islam, tiang itu adalah tiang Islam dan tali itu adalah tali yang kuat. Sesungguhnya kamu akan mati di dalam Islam. Dikatakan juga: Lelaki itu ialah Abdullah bin Salam r.a.info
webmaster@mymasjid.net.my