Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Kelebihan Para Sahabat R.a > Bab Sebahagian Dari Kelebihan Abdullah Bin Amru Bin Haram Dan Ayah Jabir R.a
    Hadis Jabir bin Abdullah r.a katanya: Ketika perang Uhud ayahku telah dibawa kepadaku dalam keadaan tertutup seluruh tubuhnya, beliau telah terkorban. Semasa aku ingin membuka pakaiannya, orang ramai melarangku. Aku mencuba sekali lagi tetapi mereka tetap melarangku. Akhirnya Rasulullah s.a.w membukanya atau baginda menyuruh orang membukanya. Tiba-tiba terdengar suara tangisan atau jeritan. Baginda s.a.w bertanya: Siapakah yang menangis? Para sahabat menjawab: Anak perempuan Amru atau saudara perempuan Amru. Rasulullah s.a.w bersabda: Mengapa kamu menangis? Sesungguhnya Malaikat masih menutupi beliau dengan sayap-sayapnya sehinggalah beliau di bawa naik ke langit.info
webmaster@mymasjid.net.my