Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Kelebihan Para Sahabat R.a > Bab Sebahagian Dari Kelebihan Saad Bin Muaz R.a
    Hadis Jabir bin Abdullah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda ketika jenazah Saad bin Muaz masih berada di sisi mereka: Arasy Tuhan Yang Maha Pengasih tergoncang kerananya.info
    Hadis Al-Bara' r.a katanya: Rasulullah s.a.w diberi hadiah pakaian sutera. Para sahabat memegangnya dan mereka merasa kagum akan kehalusannya. Baginda s.a.w bersabda: Adakah kamu merasa hairan akan kehalusan pakaian sutera ini? Sesungguhnya sapu tangan Saad bin Muaz di dalam Syurga lebih baik dan lebih halus dari sutera ini.info
    Hadis Anas bin Malik r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah diberi hadiah sepasang jubah yang diperbuat dari kain sutera tipis. Sedangkan baginda melarang orang ramai dari memakai sutera. Para sahabat merasa hairan. Baginda s.a.w bersabda: Demi zat Muhammad yang berada dalam kekuasaan-Nya. Sesungguhnya sapu tangan Saad bin Muaz di Syurga adalah lebih baik dari jubah ini.info
webmaster@mymasjid.net.my