Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Kelebihan Para Sahabat R.a > Bab Sebahagian Dari Kelebihan Abdullah Bin Mas'ud Dan Ibunya
    Hadis Abu Musa r.a katanya: Pada suatu hari aku tiba di Yaman bersama saudaraku. Aku tinggal di sana buat beberapa waktu. Setahuku, Ibnu Mas'ud dan ibunya adalah termasuk anggota keluarga Rasulullah s.a.w kerana mereka berdua sering bersama baginda s.a.w.info
    Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: Berdasarkan bacaan siapakah kamu menyuruhku membaca? Sesungguhnya aku pernah membaca di hadapan Rasulullah s.a.w lebih dari tujuh puluh surah. Para sahabat Rasulullah s.a.w telah mengetahui bahawa aku lebih mengetahui daripada mereka tentang kitab Allah. Seandainya aku tahu ada orang lain yang lebih tahu daripada aku tentu aku akan pergi menemuinya. Syaqiq berkata: Kemudian aku duduk bersama para sahabat Muhammad s.a.w dan aku tidak mendengar walaupun seorang yang membangkang pengakuannya itu.info
    Hadis Abdullah bin Amru r.a: Diriwayatkan daripada Masruq katanya: Kami mengunjungi Abdullah bin Amru dan kami berbincang dengannya, Ibnu Numair berkata: Suatu hari ketika kami berada di sisinya, kami telah berkata tentang Abdullah bin Mas'ud. Kemudian beliau berkata: Sesungguhnya kamu bercakap mengenai lelaki yang aku sayangi, iaitu setelah aku mendengar sesuatu daripada Rasulullah s.a.w. Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Ambillah Quran dari empat orang; iaitu dari Ibnu Ummu Abdu yang dimulai dengannya, dari Muaz bin Jabal, dari Ubai bin Kaab dan dari Salim iaitu orang suruhan Abu Huzaifah.info
webmaster@mymasjid.net.my