Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Kelebihan Para Sahabat R.a > Bab Kelebihan Fatimah Puteri Nabi S.a.w
    Hadis Miswar bin Makhramah r.a: Beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda ketika berada di atas mimbar: Sesungguhnya Bani Hisyam bin Al-Mughirah meminta kebenaran dari aku untuk mengahwinkan anak perempuan mereka dengan Ali bin Abu Talib. Aku tidak membenarkannya dengan mengulanginya tiga kali, kecuali sekiranya Ali bin Abu Talib menceraikan puteriku. Ketika itu beliau bolehlah mengahwinkan anak perempuan mereka. Anak perempuanku adalah sebahagian dari diriku. Aku merasa gembira sekiranya beliau gembira dan aku merasa susah sekiranya beliau derita.info
    Hadis Aisyah r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w memanggil Fatimah dan bercakap dengannya secara rahsia. Tiba-tiba Fatimah menangis, baginda bercakap lagi, sejurus kemudian Fatimah tersenyum. Aisyah berkata: Lalu aku bertanya kepada Fatimah: Apa yang Rasulullah s.a.w katakan padamu menyebabkan kamu menangis dan ketawa. Fatimah berkata: Aku menangis kerana Rasulullah memberitahu aku tentang kematiannya dan aku ketawa kerana akulah orang pertama dari kalangan keluarganya yang akan menyusuli baginda.info
webmaster@mymasjid.net.my