Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Kelebihan Para Sahabat R.a > Bab Sebahagian Dari Kelebihan Khadijah Ummul Mukminin R.a
    Hadis Ali r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sebaik-baik wanita adalah Mariam binti Imran dan Sebaik-baik wanita juga adalah Khadijah binti Khuwailid.info
    Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Jibril datang menemui Nabi s.a.w dan berkata: Wahai Rasulullah! Ini Khadijah yang membawa kepada kamu satu bekas yang terdapat di dalamnya lauk, makanan atau minuman. Apabila beliau sampai kepada kamu, sampaikan salam aku kepadanya dan salam dari tuhannya. Sampaikan berita gembira kepadanya mengenai sebuah rumah di dalam Syurga yang dibuat dari mutiara, di dalamnya tidak ada kebisingan dan kesusahan.info
    Hadis Abdullah bin Abu Aufa r.a: Diriwayatkan daripada Ismail r.a katanya: Aku bertanya Abdullah bin Abu Aufa: Tidakkah Rasulullah s.a.w pernah menyampaikan berita gembira kepada Khadijah mengenai sebuah rumah di dalam Syurga. Beliau menjawab: Ya, baginda menyampaikan berita gembira kepadanya mengenai sebuah rumah di dalam Syurga yang diperbuat dari mutiara, di dalamnya tidak ada kebisingan dan kesusahan.info
    Hadis Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w menyampaikan berita gembira kepada Khadijah binti Khuwailid mengenai sebuah rumah di dalam Syurga.info
    Hadis Aisyah r.a katanya: Halah binti Khuwailid saudara Khadijah meminta izin daripada Rasulullah s.a.w untuk masuk. Tiba-tiba baginda teringat kepada Khadijah yang sentiasa meminta izin untuk masuk, baginda s.a.w merasa senang hati dengan cara begitu dan Rasulullah s.a.w bersabda: Silakan masuk wahai Halah binti Khuwailid. Aku rasa cemburu dan akupun berkata: Apakah yang membuat kamu teringat pada seorang wanita Quraisy yang begitu tua dan telah meninggal untuk selamanya. Bukankah Allah telah menggantikan kepada kamu yang lebih baik daripadanya?.info
webmaster@mymasjid.net.my