Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Kelebihan Para Sahabat R.a > Bab Kelebihan Zaid Bin Harithah Dan Usamah Bin Zaid R.a
    Hadis Ibnu Umar r.a: Kami tidak memanggil Zaid bin Harithah tetapi kami memanggilnya Zaid bin Muhammad, sehinggalah diturunkan ayat: ادْعُوهُمْ لِآبَائِهِمْ هُوَ أَقْسَطُ عِنْدَ اللَّهِ Yang bermaksud: Panggillah mereka iaitu anak angkat dengan berlatarbelakangkan bapa mereka, itulah yang lebih adil di sisi Allah.info
    Hadis Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w mengutuskan satu pasukan dan memerintah Usamah bin Zaid supaya memimpin satu pasukan, tetapi orang ramai menentang perintah Usamah. Maka Rasulullah s.a.w bersabda: Sekiranya kamu menentang perintahnya bermakna kamu menentang perintah ayahnya sebelum ini. Demi Allah, beliau mampu menjadi pemimpin kerana ayahnya merupakan seorang yang aku cintai dan beliau juga adalah seorang yang aku cintai.info
webmaster@mymasjid.net.my