Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Kelebihan Para Sahabat R.a > Bab Sebahagian Dari Kelebihan Talhah Dan Az Zubair R.a
    Hadis Talhah dan Saad r.a: Diriwayatkan daripada Abu Othman r.a katanya: Tidak ada orang lain di samping Rasulullah s.a.w pada sesetengah peperangan yang disertai oleh Rasulullah s.a.w selain dari Talhah dan Saad mengikut Hadis riwayat mereka berdua.info
    Hadis Jabir bin Abdullah r.a katanya: Rasulullah s.a.w meminta orang ramai supaya menyertainya di dalam peperangan Khandaq, Az-Zubair menyahut seruan tersebut. Kemudian baginda s.a.w meminta lagi. Az-Zubair sekali lagi menyahut seruan tersebut. Kemudian Rasulullah s.a.w meminta sekali lagi. Az-Zubair terus menyahut seruan tersebut. Sementara itu, Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap Nabi ada pembantunya dan pembantuku adalah Az-Zubair.info
    Hadis Abdullah bin Az-Zubair r.a katanya: Semasa peperangan Khandaq aku dan Umar bin Abu Salamah bersama dengan beberapa orang wanita berada di Utum Hasan. Sesekali beliau menundukkan badannya supaya aku melihat dan sesekali aku pula menundukkan badanku supaya beliau melihat. Ketika itu aku melihat ayahku membawa pedangnya menunggang kuda menuju ke arah Bani Quraizah. Diriwayatkan daripada Abdullah bin Urwah daripada Abdullah bin Zubir katanya: Aku bertanya perkara itu kepada ayahku. Ayahku bertanya: Adakah kamu melihat aku wahai anakku. Aku menjawab: Ya. Beliau berkata: Demi Allah, ketika itu Rasulullah s.a.w menyebut kedua ibu bapanya kepadaku. Rasulullah s.a.w bersabda: Aku tebuskan kamu dengan ayah dan ibuku.info
    Hadis Aisyah r.a: Diriwayatkan daripada Urwah bin Az-Zubair r.a katanya: Saidatina Aisyah r.a memberitahu kepadaku: Demi Allah, kedua orang tuamu termasuk dalam الَّذِينَ اسْتَجَابُوا لِلَّهِ وَ الرَّسُولِ مِنْ بَعْدِ مَا أَصَابَهُمُ الْقَرْحُ Yang bermaksud: Orang-orang yang melaksanakan perintah Allah dan Rasul-Nya keluar menentang musuh setelah mereka luka.info
webmaster@mymasjid.net.my