Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Kelebihan Para Sahabat R.a > Bab Kelebihan Saad Bin Abu Waqqas R.a
    Hadis Aisyah r.a katanya: Suatu malam Rasulullah s.a.w tidak dapat tidur. Baginda s.a.w berkata: Mudah-mudahan pada malam ini terdapat seorang daripada sahabatku yang soleh sudi menjagaku. Aisyah berkata: Ketika itu kami mendengar libasan pedang. Rasulullah s.a.w berkata: Siapakah itu? Saad bin Abu Waqqas menjawab: Wahai Rasulullah! Aku datang untuk menjagamu. Aisyah berkata: Selepas itu Rasulullah s.a.w tidur dengan nyenyaknya.info
    Hadis Ali r.a katanya: Rasulullah s.a.w tidak pernah menyebut kedua ibu bapanya kepada seseorang kecuali kepada Saad bin Malik, ketika peperangan Uhud. Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya: Tebusanmu ialah ayah dan ibuku.info
    Hadis Saad bin Abu Waqqas r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah menyebut kedua ibu bapanya kepadaku pada hari peperangan Uhud.info
webmaster@mymasjid.net.my