Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Kelebihan Para Sahabat R.a > Bab Sebahagian Dari Kelebihan Ali Bin Abu Talib R.a
    Hadis Saad bin Abu Waqqas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda kepada Ali: Kedudukanmu denganku seperti kedudukan Nabi Harun dengan Nabi Musa tetapi tiada Nabi selepasku.info
    Hadis Sahl bin Saad r.a: Rasulullah s.a.w bersabda ketika peperangan Khaibar: Aku akan berikan bendera ini kepada seorang lelaki, dengan tangannyalah Allah akan memberi kemenangan, yang mencintai Allah dan Rasul-Nya dan dicintai Allah dan Rasul--Nya. Semalaman orang ramai berbicara siapakah yang akan diberi bendera oleh Rasulullah s.a.w. Keesokan harinya mereka pergi mendapatkan Rasulullah s.a.w dan berharap supaya Rasulullah s.a.w memberi bendera itu kepada mereka. Rasulullah s.a.w bertanya: Di manakah Ali? Mereka menjawab: Beliau, wahai Rasulullah, tetapi matanya sakit. Kemudian mereka pergi mendapatkan Ali dan membawanya kepada Rasulullah s.a.w. Maka Rasulullah s.a.w meludah ke dalam matanya serta berdoa untuknya. Setelah itu mata Ali terus sembuh seperti sebelumnya, lalu Rasulullah s.a.w memberikan bendera itu kepadanya. Ali berkata: Wahai Rasulullah! Aku akan memerangi mereka sehinggalah mereka seperti kita. Rasulullah s.a.w bersabda: Lakukan dengan berhati-hati sehingga kamu sampai ke wilayah mereka, kemudian serulah mereka pada agama Islam dan beritahu mereka tentang kewajipan mereka terhadap hak Allah. Demi Allah, sekiranya seseorang lelaki diberi petunjuk oleh Allah kerana kamu, adalah lebih baik bagimu daripada memiliki beberapa ekor keldai.info
    Hadis Salamah bin Al-Akwa' r.a katanya: Di dalam peperangan Khaibar Ali berada di belakang Rasulullah s.a.w, ketika itu beliau sakit. Beliau berkata: Aku berada di belakang Rasulullah s.a.w. Setelah itu Ali keluar melintasi Rasulullah s.a.w. Pada petangnya iaitu sebelum Allah memberi kemenangan pada keesokan hari, Rasulullah s.a.w bersabda: Sungguhnya aku akan berikan bendera ini kepada seorang lelaki yang dicintai Allah dan Rasul-Nya dan yang mencintai Allah dan Rasul-Nya besok. Semoga Allah memberi kemenangan padanya. Ketika kami bertemu dengan Ali, kami berkata: Inilah Ali, maka Rasulullah s.a.w memberi bendera itu dan Allah memberi kemenangan kepadanya.info
    Hadis Sahl bin Saad r.a katanya: Semasa Rasulullah s.a.w sampai di rumah Fatimah, baginda s.a.w tidak menemui Ali di rumah tersebut. Rasulullah s.a.w bertanya: Di manakah anak bapa saudara kamu. Fatimah menjawab: Telah terjadi sesuatu antara aku dan beliau. Baginda marah padaku lalu keluar tanpa bercakap walau sepatah denganku. Rasulullah s.a.w berkata kepada seseorang: Cuba kamu cari di mana Ali. Tidak lama kemudian orang itu datang dan berkata: Wahai Rasulullah! Beliau sedang tidur di masjid. Rasulullah s.a.w menemuinya dan pada waktu itu beliau sedang tidur terlentang sementara kain serbannya terjatuh ke tanah sehingga terkena debu. Lalu Rasulullah s.a.w mengangkat kain serban itu dan berkata: Bangun wahai Abu Turab! Bangun wahai Abu Turab!.info
webmaster@mymasjid.net.my