Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Kelebihan > Bab Kelebihan Nabi Musa A.s
    Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Malaikat maut pernah diutuskan kepada Nabi Musa a.s. Ketika Malaikat tersebut datang kepadanya, Musa menamparnya sehingga matanya tercabut. Malaikat tersebut kembali kepada Tuhannya dan berkata: Engkau telah mengutuskan aku kepada orang yang tidak ingin mati. Allah kemudiannya mengembalikan matanya seraya berfirman: Kembalilah kepada Musa, katakan kepadanya supaya beliau meletakkan tangannya di punggung seekor lembu jantan. Beliau berhak mendapat umur setahun pada setiap helai bulu yang ditutupi oleh tangannya. Malaikat tersebut bertanya: Ya Tuhanku, setelah itu? Tuhan berfirman: Kemudian mati. Malaikat tersebut berkata: Sekarang, Musa memohon kepada Allah agar mendekatkannya dengan bumi suci sejauh lontaran seketul batu. Rasulullah s.a.w bersabda: Sekiranya aku berada di sana tentu aku akan memperlihatkan kepada kamu makam Musa yang berada di pinggir jalan di bawah sebuah bukit pasir merah.info
    Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Ketika seorang Yahudi menawarkan barang dagangannya dan telah diberi sedikit gambaran bahawa beliau belum merasa puas hati atau tidak meredainya, kalau tidak silap namanya Abdul Aziz berkata: Tidak, demi Zat yang telah memilih Nabi Musa a.s kepada manusia. Seorang lelaki Ansar yang mendengar kata-katanya terus menampar mukanya dan berkata: Kamu berkata Demi Zat yang telah memilih Nabi Musa a.s kepada manusia? Bukankah Rasulullah s.a.w telah berada di tengah-tengah kita? Lalu orang Yahudi tersebut pergi menemui Rasulullah s.a.w dan berkata: Wahai Abu Al-Qasim! Sesungguhnya aku memiliki jaminan dan perjanjian, tetapi si anu telah menampar mukaku. Rasulullah s.a.w bertanya kepada lelaki Ansar tadi: Kenapa kamu menampar mukanya? Beliau menjawab: Orang Yahudi telah berkata bahawa demi Zat yang telah memilih Nabi Musa a.s kepada manusia. Bukankah engkau berada di tengah-tengah kami? Rasulullah s.a.w menampakkan wajahnya yang marah dan bersabda: Janganlah kamu mengutamakan di antara para utusan Allah. Sesungguhnya sangkakala iaitu sejenis serunai akan ditiup. Apa yang berada di pelosok langit dan di bumi akan mati, melainkan orang-orang yang dikehendaki oleh Allah. Pada tempoh yang lain pula sangkakala iaitu sejenis trompet akan ditiup lagi. Maka aku adalah orang pertama yang dibangkitkan. Apabila Nabi Musa a.s telah berpegang pada Arasy, aku tidak tahu adakah telah diperhitungkan kematian Musa a.s (dengan tiupan sangkakala) pada hari At-Tur atau beliaukah yang telah dibangkitkan sebelum aku dan aku tidak akan berkata: Sesungguhnya ada seorang lelaki yang lebih utama daripada Yunus bin Matta a.s.info
webmaster@mymasjid.net.my