Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Kelebihan > Bab Kelebihan Nabi Isa A.s
    Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Aku adalah orang yang paling berhak terhadap Putera Mariam. Para Nabi adalah saudara-saudara sebapa. Antara aku dan dia (Putera Mariam) tidak ada walau seorang Nabi.info
    Hadis Abu Hurairah r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak ada seorang bayi yang dilahirkan melainkan telah disentuh oleh syaitan. Bayi itu menangis, menjerit kerana sentuhan syaitan tersebut kecuali Putera Mariam dan Mariam.info
    Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Pada suatu hari Isa bin Mariam melihat seorang lelaki sedang mencuri. Lalu Nabi Isa bertanya kepada lelaki tersebut: Kamu mencuri? Lelaki tersebut menjawab: Tidak, Demi Zat yang tiada Tuhan melainkan Dia. Selanjutnya Nabi Isa berkata: Aku beriman kepada Allah. Aku mendustakan diriku.info
webmaster@mymasjid.net.my