Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Kelebihan > Bab Kasih Sayang Serta Sopan Santun Nabi S.a.w Terhadap Anak Anak, Keluarga Dan Yang Lebih Dari Itu
    Hadis Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Pada malam ini aku dikurniakan seorang anak dan aku namakannya dengan nama datuk nenekku iaitu Ibrahim. Kemudian baginda menyerahkannya kepada Ummu Saif, isteri seorang tukang besi yang bergelar Abu Saif. Pada suatu hari baginda berangkat menemui Ummu Saif untuk menyerahkan anaknya dan aku mengikuti baginda sehingga bertemu Abu Saif. Abu Saif ketika itu sedang meniup api dengan menggunakan alat khas sehingga rumahnya dipenuhi dengan asap. Aku terus berjalan dengan cepat lantas berkata: Wahai Abu Saif! Ambil putera Nabi ini. Setelah Abu Saif mengambil putera baginda, Nabi s.a.w lalu terus berdoa kemudian merangkul puteranya yang masih kecil. Pada waktu itu baginda sempat menyatakan sesuatu kepada puteranya. Anas berkata lagi: Waktu Ibrahim putera Nabi itu hampir dengan kematiannya dan sewaktu beliau berada dalam buaian Rasulullah s.a.w aku melihat kedua belah mata baginda berlinang air mata seraya baginda bersabda: Aku berlinang air mata dan hati ini terasa sedih, namun aku tidak akan berkata sesuatu melainkan perkataan yang disukai oleh tuhanku. Demi Allah, wahai Ibrahim, sesungguhnya aku sedih atas keadaanmu.info
    Hadis Aisyah r.a katanya: Pada suatu hari, beberapa Arab desa datang kepada Rasulullah s.a.w. Mereka bertanya kepada para sahabat: Apakah kamu pernah memeluk anak-anak kecil kamu? Para sahabat menjawab: Ya. Orang-orang kampung itu berkata: Akan tetapi, demi Allah, kami belum pernah memeluknya. Rasulullah s.a.w lalu bersabda: Aku tidak boleh berbuat apa-apa sekiranya Allah mencabut rahmat dari kamu.info
    Hadis Abu Hurairah r.a: Sesungguhnya Al-Aqrak bin Haabis pernah melihat Nabi s.a.w memeluk Hasan. Al-Aqrak lalu berkata: Sesungguhnya aku memiliki sepuluh orang anak, namun aku tidak pernah memeluk seorang pun daripada mereka. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya sesiapa yang tidak menyayangi, nescaya beliau tidak akan disayangi.info
    Hadis Jarir bin Abdullah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa tidak menyayangi sesama manusia, maka Allah tidak akan menyayanginya.info
webmaster@mymasjid.net.my