Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Kelebihan > Bab Menyatakan Nabi S.a.w Sebagai Penutup Para Nabi
    Hadis Abu Hurairah r.a: Daripada Nabi s.a.w Baginda bersabda: Perumpamaanku dan perumpamaan para Nabi adalah seperti perumpamaan seseorang yang mendirikan sesebuah bangunan. Beliau membinanya dengan baik dan rapi, tetapi ramai orang yang berkunjung dan melihat bangunan tersebut memberi komen, kami belum pernah melihat bangunan sebaik ini melainkan seketul bata ini. Maka akulah seketul bata tersebut.info
    Hadis Jabir r.a: Daripada Nabi s.a.w Baginda bersabda: Perumpamaanku dan perumpamaan para Nabi adalah seperti perumpamaan seseorang yang membangunkan sebuah rumah. Beliau membinanya dengan baik dan sempurna, tetapi masih ada satu tempat yang belum diletakkan bata. Ramai orang yang masuk ke dalam rumah tersebut dan mereka kagum terhadapnya seraya berkata: Alangkah lebih baik jika kekurangan itu disempurnakan. Kemudiannya Rasulullah s.a.w bersabda: Aku diibaratkan sebagai bata tersebut di mana kedatangan aku adalah sebagai penutup para Nabi.info
webmaster@mymasjid.net.my