Hadis Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Jangan sekali-kali salah seorang di antara kamu memanggil: Wahai hambaku (lelaki) dan hambaku (perempuan). Kerana kamu semua adalah hamba-hamba Allah. Seluruh kaum perempuan adalah hamba-hamba Allah. Tetapi hendaklah dia memanggil: Wahai khadamku, wahai jariahku dan wahai muda-mudiku.
