Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Haid > Bab Dalil Yang Menunjukkan Bahawa Orang Islam Tidak Najis
    Hadis Abu Hurairah r.a: Diriwayatkan daripada Abu Rafi' r.a daripada Abu Hurairah r.a, bahawa beliau bertemu dengan Nabi s.a.w di salah satu jalan di Madinah, sedangkan beliau dalam keadaan berjunub. Maka dia menyelinap iaitu mengelakkan diri dari bertemu Rasulullah s.a.w dan pergi untuk mandi sehingga Rasulullah s.a.w mencari-carinya. Ketika beliau datang kembali, baginda pun bertanya: Ke mana kamu pergi wahai Abu Hurairah! Beliau menjawab: Wahai Rasulullah! Engkau ingin menemuiku sedangkan aku dalam keadaan berjunub. Aku merasa tidak selesa duduk bersama kamu sebelum aku mandi. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Maha Suci Allah! Sesungguhnya orang mukmin itu tidak najis.info
webmaster@mymasjid.net.my