Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Haid > Bab Sesungguhnya Diwajibkan Air Itu Hanya Kerana Air Iaitu Kewajipan Mandi Itu Kerana Keluar Mani
    Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a: Rasulullah s.a.w pernah melalui sebuah rumah seorang sahabat daripada Ansar. Kemudian baginda menyuruh seseorang untuk memanggilnya. Lalu sahabat tadi keluar dalam keadaan kepalanya masih basah. Baginda bersabda: Barangkali kami yang membuatkan kamu tergesa-gesa. Sahabat itu menjawab: Benar, wahai Rasulullah! Baginda bersabda: Apabila engkau tergesa-gesa atau kamu tidak mengeluarkan mani semasa menggauli isteri maka kamu tidak perlu mandi. Kamu hanya perlu berwuduk.info
    Hadis Ubai bin Kaab r.a katanya: Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang seseorang lelaki yang menggauli isterinya tetapi tidak sampai mengeluarkan mani. Baginda bersabda: Basuhlah kesan-kesan isterinya yang melekat padanya kemudian berwuduk dan bolehlah mendirikan sembahyang.info
    Hadis Sayidina Othman bin Affan r.a: Diriwayatkan daripada Khalid bin Zaid Al-Juhani katanya: Beliau pernah bertanya Othman bin Affan tentang hukum seseorang lelaki yang mengauli isterinya tetapi tidak sampai mengeluarkan mani? Sayidina Othman menjawab: Hendaklah dia berwuduk sebagaimana dia berwuduk untuk mendirikan sembahyang dan membasuh kemaluannya. Sayidina Othman berkata lagi: Aku pernah mendengar hal ini dari Rasulullah s.a.w.info
webmaster@mymasjid.net.my