Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Haid > Bab Diharuskan Mandi Bertelanjang Di Tempat Yang Sunyi
    Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Suatu ketika dahulu, orang-orang Bani Israel mandi telanjang. Mereka saling melihat aurat di antara satu sama lain. Manakala Nabi Musa a.s pula mandi bersendirian. Mereka berkata: Demi Allah, yang menyebabkan Musa tidak mahu mandi bersama dengan kita ialah kerana penyakit buah zakar besar. Kemudian pada suatu ketika Nabi Musa mandi, Nabi Musa a.s meletakkan pakaiannya di atas sebuah batu. Tiba-tiba batu tadi bergolek dengan membawa pakaiannya. Musa berlari mengejarnya sambil berteriak: Hai batu! Tinggalkan pakaianku! Hai batu! Tinggalkan pakaianku! Sehinggalah orang-orang Bani Israel dapat melihat aurat Nabi Musa. Kemudian mereka berkata: Demi Allah ternyata Musa tiada sedikit pun keaiban iaitu penyakit. Setelah itu batu tersebut berhenti lalu Musa mengambil pakaiannya kemudian memukul batu tadi. Abu Hurairah berkata: Demi Allah terdapat pada batu tadi kesan pukulan Nabi Musa, tujuh atau enam kali pukulan.info
webmaster@mymasjid.net.my