Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Haid > Bab Sunat Menggunakan Kapas Yang Disapu Misk Iaitu Bauan Kasturi Pada Tempat Yang Keluar Darah Iaitu Kemaluan Bagi Wanita Yang Haid Ketika Mandi
    Hadis Aisyah r.a katanya: Seorang perempuan bertanya Nabi s.a.w: Bagaimanakah cara orang perempuan mandi dari haidnya? Perawi Hadis berkata: Kemudian Aisyah menyebutkan bahawa baginda mengajarkan cara mandi kepada perempuan tersebut. Di antara sabda baginda: Kemudian kamu ambil kapas yang disapu misk iaitu bauan kasturi, lalu kamu bersucilah dengannya. Perempuan itu berkata: Bagaimana cara bersuci dengannya? Baginda bersabda: Maha suci Allah! Kamu bersucilah dengannya dan baginda pun bersembunyi. Sufian bin Uyainah memberi isyarat kepada kami dengan meletakkan tangan pada wajahnya. Perawi Hadis melanjutkan ceritanya: Aisyah berkata: Aku menarik perempuan itu kerana aku sudah tahu apa yang dikehendaki oleh Nabi s.a.w. Lalu aku berkata kepada perempuan tersebut: Sapulah tempat keluar darah haidmu dengan kapas itu.info
webmaster@mymasjid.net.my