Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Haid > Bab Hukum Rambut Perempuan Yang Dijalin Iaitu Yang Diikat Ketika Mandi Hadas
    Hadis Aisyah r.a: Diriwayatkan daripada Ubaid bin Umair r.a katanya: Aisyah pernah mendengar Abdullah bin Amru memerintahkan orang-orang perempuan agar membuka jalinan atau ikatan rambut masing-masing apabila mereka mandi. Lalu Saidatina Aisyah berkata: Pelik sungguh Ibnu Amru. Kenapa dia menyuruh orang-orang perempuan agar menguraikan rambut ketika mandi? Mengapa tidak menyuruh mereka agar mencukur rambut saja? Aku pernah mandi bersama-sama Rasulullah s.a.w menggunakan air dari bekas yang sama. Aku tidak menyiram kepalaku lebih dari tiga kali siram.info
webmaster@mymasjid.net.my