Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Haid > Bab Sunat Menyiram Air Ke Atas Kepala Serta Tempat Tempat Lain Sebanyak Tiga Kali
    Hadis Jubair bin Mut'im r.a: Para sahabat belajar menggunakan air untuk mandi dari Rasulullah s.a.w. Sebahagian daripada mereka berkata: Aku menuangkan air ke kepalaku begini, begini. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Aku menyiram kepalaku dengan air yang dicedok dengan menggunakan tapak tangan sebanyak tiga kali.info
    Hadis Jabir bin Abdullah r.a: Rombongan Thaqif datang bertanya Rasulullah s.a.w, mereka berkata: Daerah kami adalah daerah yang sejuk, bagaimana cara kami mandi? Baginda bersabda: Kalau aku, aku hanya menyiram air sebanyak tiga kali ke kepalaku.info
webmaster@mymasjid.net.my