Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Haid > Bab Kadar Ukuran Air Yang Disunatkan Untuk Mandi Hadas. Suami Dan Isteri Mandi Bersama Sama Dengan Menggunakan Satu Bekas Air Serta Salah Seorang Mandi Dengan Menggunakan Air Baki Dari Bekas Salah Seorang Dari Mereka
    Hadis Saidatina Aisyah r.a: Diriwayatkan daripada Abu Salamah bin Abdul Rahman katanya: Aku menemui Saidatina Aisyah r.a bersama saudara sesusu beliau. Saudara sesusu beliau telah bertanya tentang mandi hadas yang dilakukan oleh Nabi s.a.w, lantas Saidatina Aisyah meminta bekas yang boleh memuatkan satu gantang air, lalu dia mandi dengan meletakkan tabir di antara kami dan dia. Saidatina Aisyah menuangkan air ke atas kepalanya sebanyak tiga kali sambil berkata: Isteri-isteri Nabi s.a.w biasanya menuang air ke kepala mereka sehingga betul-betul basah.info
    Hadis Maimunah r.a isteri Nabi s.a.w: Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Maimunah pernah menceritakan kepadaku bahawa beliau pernah mandi bersama-sama Nabi s.a.w menggunakan air dari satu bekas air.info
    Hadis Ummu Salamah r.a Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Rasulullah s.a.w mandi dengan menggunakan air lebihan dari bekas yang digunakan oleh Maimunah.info
    Hadis Ummu Salamah r.a: Diriwayatkan daripada Zainab binti Ummu Salamah katanya: Bahawa Ummu Salamah pernah mandi hadas bersama-sama Rasulullah s.a.w menggunakan air dari satu bekas.info
    Hadis Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah mandi dengan lima cupak air dan berwuduk dengan satu cupak air.info
webmaster@mymasjid.net.my