Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Haid > Bab Cara Cara Mandi Hadas
    Hadis Aisyah r.a katanya: Apabila Rasulullah s.a.w mandi hadas, baginda memulakannya secara membasuh kedua tangan. Baginda menuangkan air dengan menggunakan tangan kanan ke tangan kiri, kemudian membasuh kemaluan dan berwuduk sebagaimana yang biasa dilakukan ketika ingin mendirikan sembahyang. Kemudian baginda menyiram rambut sambil memasukkan jari ke pangkal rambut sehinggalah rata. Sebaik sahaja selesai baginda membasuh kepala sebanyak tiga kali, seterusnya baginda membasuh seluruh tubuh dan akhirnya membasuh kedua kaki.info
    Hadis Maimunah r.a katanya: Aku pernah membawa air kepada Rasulullah s.a.w untuk mandi hadas. Baginda memulakannya dengan membasuh dua tapak tangan sebanyak dua atau tiga kali. Kemudian baginda memasukkan tangan ke dalam bekas berisi air, lalu mecedokkan air tersebut ke atas kemaluan serta membasuhnya dengan tangan kiri. Setelah itu baginda menggosokkan tangan kiri ke tanah dengan kuat, lalu berwuduk sebagaimana yang biasa dilakukan untuk mendirikan sembahyang. Kemudian baginda menuangkan air yang dicedok dengan dua telapak tangan ke kepala sebanyak tiga kali. Seterusnya baginda membasuh seluruh tubuh, lalu beralih dari tempat tersebut dan membasuh kedua kaki, kemudian aku mengambilkan sapu tangan untuk baginda, tetapi baginda menolaknya.info
webmaster@mymasjid.net.my