Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Haid > Bab Diwajibkan Mandi Bagi Perempuan Apabila Keluar Mani
    Hadis Ummu Sulaim r.a: Diriwayatkan daripada Ummu Salamah r.a katanya: Ummu Sulaim pernah bertanya Nabi s.a.w tentang mimpi yang berlaku kepada seorang perempuan sebagaimana mimpi seorang lelaki. Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila perempuan tersebut bermimpi keluar mani, dia wajiblah mandi hadas. Ummu Sulaim berkata: Aku malu untuk bertanya perkara tersebut yang berlaku pada diriku. Ummu Salamah berkata: Adakah perkara ini berlaku kepada perempuan? Nabi s.a.w bersabda: Ya, lalu Ummu Salamah mencelah: Bagaimana dia ingin memastikannya. Baginda bersabda: Ketahuilah bahawa mani lelaki itu kasar dan berwarna putih, manakala mani perempuan itu halus dan berwarna kuning. Mana-mana mani yang menyerupai mani lelaki atau perempuan, sudah pasti mani tersebut adalah darinya.info
    Hadis Ummu Salamah r.a katanya: Ketika Ummu Sulaim mengunjungi Nabi s.a.w, dia berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya Allah tidak malu terhadap kebenaran. Apakah orang perempuan wajib mandi apabila dia bermimpi? Rasulullah s.a.w bersabda: Ya, apabila dia melihat mani. Ummu Salamah mencelah: Adakah orang perempuan juga bermimpi? Baginda bersabda: Rugilah kamu! Kalau tidak bagaimana dia akan memastikan bahawa mani keluar.info
webmaster@mymasjid.net.my