Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Haid > Bab Berbaring Bersama Wanita Haid Di Dalam Satu Selimut
    Hadis Ummu Salamah r.a katanya: Ketika aku sedang berbaring bersama Rasulullah s.a.w dalam satu selimut, tiba-tiba aku haid, lantas aku keluar secara perlahan-lahan untuk mengambil pakaian khas semasa haid. Rasulullah s.a.w bertanya kepadaku: Apakah kamu sedang haid? Aku menjawab: Ya. Baginda memanggilku lalu aku berbaring lagi bersama baginda dalam satu selimut. Ummu Salamah berkata: Dia dan Rasulullah s.a.w mandi hadas dengan menggunakan sebekas air.info
webmaster@mymasjid.net.my