Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Salam > Bab Berubat Dengan Cara Meminum Madu
    Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a katanya: Ada seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w lalu berkata: Saudaraku terasa mual-mual perutnya. Rasulullah s.a.w bersabda: Berilah beliau meminum madu! Setelah lelaki itu memberikan madu kepada saudaranya, beliau datang lagi kepada Nabi s.a.w dan menyatakan: Aku telah memberinya minum madu, tetapi perut beliau bertambah memulas. Kejadian itu berulang sehingga tiga kali. Pada kali yang keempat, Rasulullah s.a.w bersabda: Berilah beliau minum madu! Lelaki tersebut masih lagi menyatakan: Aku benar-benar telah memberinya minum madu, tetapi perut beliau bertambah memulas. Maka Rasulullah s.a.w bersabda: Maha benar Allah yang telah berfirman: Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalam minuman itu terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Oleh itu, mungkin ada yang tidak sesuai dengan perut saudaramu itu. Akhirnya Rasulullah s.a.w sendiri yang memberikan minum madu dan sembuhlah saudara lelaki itu.info
webmaster@mymasjid.net.my