Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Salam > Bab Setiap Penyakit Ada Ubatnya Dan Disunatkan Berubat
    Hadis Jabir bin Abdullah r.a: Diriwayatkan daripada Aasim bin Umar Ibnu Qatadah katanya: Sesungguhnya Jabir bin Abdullah menjenguk Al-Muqanna' yang sedang sakit kepala, kemudian berkata: Aku tidak akan pulang sebelum engkau mahu berbekam, kerana aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya di samping berbekam itu ada pengubatnya.info
    Hadis Ibnu Umar r.a: Dari Nabi s.a.w baginda bersabda: Demam itu berasal dari didihan Neraka Jahanam. Oleh itu, sejukkanlah demam itu dengan air.info
    Hadis Asma' r.a: Bahawa pernah ada seorang wanita yang gelisah kerana demamnya yang teruk, beliau dibawa berjumpa Asma', lalu Asma' meminta air kemudian menyiramnya ke dalam baju wanita itu. Asma' berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Sejukkanlah kepanasan demam itu dengan air. Baginda juga bersabda: Sesungguhnya panas itu adalah dari didihan Neraka Jahanam.info
    Hadis Rafi' bin Khadij r.a katanya: Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya kepanasan demam itu adalah kepanasan yang berasal dari Neraka Jahanam. Oleh itu, sejukkanlah kepanasan itu dengan air.info
webmaster@mymasjid.net.my