Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Salam > Bab Harus Mengambil Bayaran Di Atas Jampi Yang Menggunakan Ayat Ayat Al Quran Dan Zikir Zikir
    Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a: Sesungguhnya beberapa orang dari kalangan sahabat Rasulullah s.a.w sedang berada dalam perjalanan. Mereka pergi ke salah sebuah kampung Arab dan mereka berharap agar boleh menjadi tetamu kepada penduduk kampung tersebut. Namun ternyata penduduk kampung itu tidak mahu menerima mereka. Tetapi ada yang bertanya: Apakah ada di antara kamu yang boleh menjampi? Kerana ketua atau penghulu kampung kami terkena sengat. Salah seorang dari para sahabat menjawab: Ya, ada. Lalu beliau menemui ketua kampung tersebut dan menjampinya dengan surah Al-Fatihah. Kemudian ketua kampung tersebut sembuh, maka sahabat tersebut diberi beberapa ekor kambing. Beliau tidak mahu menerimanya dan mengajukan syarat: Aku akan menyampaikannya kepada Nabi s.a.w, beliau pun pulang menemui Nabi s.a.w dan menyatakan pengalaman tersebut. Beliau berkata: Ya Rasulullah! Demi Allah, aku hanya menjampi dengan surah Al-Fatihah. Mendengar kata-kata itu, Rasulullah s.a.w tersenyum dan bersabda: Tahukah engkau, bahawa Al-Fatihah itu memang merupakan jampi. Kemudian baginda bersabda lagi: Ambillah pemberian daripada mereka dan pastikan aku mendapatkan bahagian bersama kamu.info
webmaster@mymasjid.net.my