Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Salam > Bab Dibolehkan Menjampi Sakit Mata, Luka Di Kepala, Termakan Racun Dan Sakit Akibat Buatan Orang
    Hadis Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w memberi izin kepada ahli bait dari golongan Ansar untuk menjampi (dengan zikir yang dibenarkan oleh syarak) dari apa saja yang beracun.info
    Hadis Aisyah r.a: Rasulullah s.a.w biasanya bila ada seseorang yang mengeluh kerana sakit atau luka, maka baginda meletakkan jari telunjuknya ke tanah lalu mengangkatnya semula seperti mana yang dicontohkan oleh Sufian kemudian membaca: بِاسْمِ اللَّهِ تُرْبَةُ أَرْضِنَا بِرِيقَةِ بَعْضِنَا لِيُشْفَى بِهِ سَقِيمُنَا بِإِذْنِ رَبِّنَا Yang bermaksud: Dengan menyebut nama Allah, Debu tanah kami, dengan ludahan sebahagian kami, agar sembuhkanlah penyakit kami, dengan izin Tuhan kami.info
    Hadis Aisyah r.a: Rasulullah s.a.w pernah menyuruhnya supaya membaca jampi untuk mengelak dari penyakit mata.info
    Hadis Ummu Salamah r.a: Rasulullah s.a.w pernah bersabda kepada Jariyah yang berada di rumah Ummu Salamah isteri Nabi s.a.w. Yang dilihat oleh baginda memiliki warna wajah yang lain daripada yang lain dan bersabda: Beliau terkena sakit akibat buatan orang, maka jampilah beliau.info
webmaster@mymasjid.net.my