Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Salam > Bab Menerangkan Bahawa Bagi Sesiapa Yang Terlihat Seseorang Berdua Duaan Dengan Seorang Wanita Sedangkan Wanita Tersebut Adalah Isterinya Atau Mahramnya, Sunat Menyatakan: Ini Si Anu, Demi Menolak Prasangka Buruk Terhadapnya
    Hadis Sofiah binti Huyai r.a katanya: Pada suatu malam ketika Nabi s.a.w sedang beriktikaf aku datang menziarahi baginda. Setelah puas berbual-bual dengan baginda, akupun berdiri untuk pulang. Rasulullah s.a.w ikut berdiri untuk menghantarku. Manakala tempat tinggal Sofiah adalah di rumah Usamah bin Zaid. Tiba-tiba datang dua orang Ansar. Apabila mereka melihat Nabi s.a.w mereka mempercepat langkah mereka. Lalu Nabi s.a.w bersabda: Perlahankanlah langkah kamu. Sesungguhnya ini adalah Sofiah binti Huyai Maha suci Allah, wahai Rasulullah. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda Sesungguhnya syaitan itu berjalan pada aliran darah manusia. Sebenarnya aku risau ada tuduhan buruk atau yang tidak baik dalam hati kamu berdua.info
webmaster@mymasjid.net.my