Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Salam > Bab Larangan Memulakan Salam Kepada Ahli Kitab Dan Bagaimanakah Cara Menjawab Salam Mereka
    Hadis Anas r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila Ahli Kitab mengucapkan salam kepadamu, maka jawablah kepada mereka: Waalaikum.info
    Hadis Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya, apabila orang Yahudi mengucapkan salam kepada kamu, mereka mengucap: Assaamualaikum iaitu kematian tetap atas kamu. Maka jawablah kepada mereka: Alaika iaitu ke atas kamu.info
    Hadis Aisyah r.a: Sekumpulan orang-orang Yahudi meminta izin kepada Rasulullah s.a.w mereka mengucapkan: Assaamualaikum. Maka Aisyah menyahut: Bal Alaikumussaam walla'nah iaitu bahkan atas kamulah, moga-moga mendapat kematian dan kutukan. Rasulullah s.a.w menegur: Wahai Aisyah! Sesungguhnya Allah menyukai keramahan dalam segala hal. Aisyah berkata: Tidakkah engkau mendengar apa yang mereka ucapkan? Rasulullah s.a.w bersabda: Aku telah menjawab Wa'alaikum iaitu begitu pula kamu.info
webmaster@mymasjid.net.my