Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Adab > Bab Harus Bagi Seseorang Memanggil Anak Selain Dari Anaknya Dengan Panggilan Wahai Anakku Dan Disunatkan Hal Yang Sedemikian Untuk Beramah Mesra
    Hadis Al-Mughirah bin Syu'bah r.a katanya Tiada seorang pun yang bertanya tentang Dajal kepada Rasulullah s.a.w lebih banyak daripada pertanyaanku kepada baginda dalam persoalan yang sama. Maka baginda bersabda: Wahai anakku! Apakah yang membuatkan kamu bersusah payah untuk memikirkannya? Sesungguhnya dia tidak akan membahayakanmu. Aku berkata: Orang ramai beranggapan bahawa dia akan membawa air yang banyak dan gunung-gunung roti. Rasulullah s.a.w bersabda: Yang lebih dari itu, mudah saja bagi Allah.info
webmaster@mymasjid.net.my