Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Adab > Bab Sunat Meletakkan Pada Lelangit Anak Yang Baru Lahir Dengan Buah Kurma Dan Membawanya Kepada Orang Yang Soleh Supaya Meletakkan Pada Lelangitnya Dan Harus Memberikan Nama Pada Hari Kelahirannya Serta Sunat Memberi Nama Dengan Abdullah, Ibrahim Dan Nama Para Nabi Yang Lain
    Hadis Abu Musa r.a katanya: Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. Lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma.info
    Hadis Aisyah r.a: Asma' binti Abu Bakar telah keluar sewaktu hijrah. Di mana beliau sedang sarat mengandung kepada Abdullah bin Az-Zubair. Beliau melalui Quba', ketika sampai di Quba' beliau melahirkan Abdullah. Setelah melahirkannya beliau keluar menemui Rasulullah s.a.w supaya baginda meletakkan sesuatu pada lelangit anaknya. Lalu Rasulullah s.a.w mengambil anak tersebut darinya dan baginda meletakkannya di dalam pangkuan baginda, kemudian baginda meminta buah kurma. Aisyah berkata: Kami harus mencarinya dahulu sebelum diberikan kepada baginda. Baginda meludahkannya ke dalam mulut anak tersebut, sehingga yang pertama masuk ke perutnya adalah ludahan Rasulullah s.a.w. Selanjutnya Asma' berkata: Kemudian Rasulullah s.a.w. mengusap kepala anak tersebut, lalu mendoakannya dan menamakannya dengan nama Abdullah, kemudian apabila anak itu berumur tujuh atau lapan tahun, beliau datang untuk berbaiah kepada Rasulullah s.a.w kerana ayahnya Az-Zubair yang memerintahkan beliau berbuat demikian. Rasulullah s.a.w tersenyum ketika melihat anak itu menghadapnya, kemudian beliau berbaiah kepada baginda.info
    Hadis Aisyah r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w diajukan seorang bayi, lalu baginda memberkatinya dan meletakkan sesuatu pada lelangitnya.info
    Hadis Sahl bin Saad r.a katanya: Al-Munzir bin Abu Usaid ketika baru dilahirkan, beliau telah dibawa kepada Rasulullah s.a.w. Baginda meletakkan di atas pahanya, sedangkan pada ketika itu Abu Usaid duduk, tetapi perhatian Nabi s.a.w tertumpu kepada sesuatu di hadapan baginda, lalu Abu Usaid menyuruh seseorang mengangkat anaknya dari atas paha Rasulullah s.a.w dan memindahkannya. Apabila Rasulullah s.a.w tersedar, baginda bertanya: Mana anak itu? Abu Usaid menjawab: Kami memindahkannya, wahai Rasulullah. Rasulullah s.a.w bertanya: Siapa namanya? Abu Usaid menjawab: Si anu, wahai Rasulullah. Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak, tetapi namanya adalah Al-Munzir. Jadi, pada hari itu, Rasulullah s.a.w menamakannya dengan nama Al-Munzir.info
webmaster@mymasjid.net.my