Hadis Asma' r.a katanya: Seorang wanita datang kepada Nabi s.a.w lalu berkata: Aku mempunyai permasalahan, maka adakah aku berdosa apabila aku berpura-pura cukup dengan harta suamiku dengan apa yang tidak beliau berikan kepadaku? Rasulullah s.a.w bersabda: Orang yang berpura-pura puas dengan apa yang tidak diberikan kepadanya, samalah seperti orang yang memakai pakaian palsu.
