Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Pakaian Dan Perhiasan > Bab Harus Meletakkan Tanda Pada Anggota Badan Binatang Selain Dari Mukanya Dan Digalakkan Meletak Tanda Pada Ternakan Zakat Dan Pajak
    Hadis Anas r.a katanya: Ketika Ummu Sulaim bersalin, beliau berkata kepadaku: Wahai Anas! Lihatlah anak ini, dia tidak akan mendapat sesuatupun sebelum engkau membawanya kepada Nabi s.a.w supaya baginda meletakkan pada lelangitnya dengan makanan manis dan sebagainya sebelum disusui. Oleh itu, aku terus pergi dan aku dapati Rasulullah s.a.w berada di kebun. Baginda pada ketika itu memakai pakaian bulu berwarna hitam. Baginda sedang meletakkan tanda pada unta yang diserahkan kepada baginda semasa pembukaan Kota Mekah.info
webmaster@mymasjid.net.my